LEGASI BAKTI MEDIC ENTERPRISE (LBME) merupakan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan ambulans yang memberikan tumpuan khusus kepada pengangkutan perubatan bukan kecemasan (Non-Emergency Medical Transportation). Kami komited menyediakan perkhidmatan pengangkutan pesakit yang profesional, cekap, selamat dan berkualiti ke hospital, pusat perubatan, rumah jagaan serta kediaman persendirian.
Perkhidmatan kami turut merangkumi keperluan pengangkutan perubatan, penjagaan pesakit di rumah serta sokongan perubatan di lokasi tapak kerja dan acara tertentu. Kami sentiasa bersedia membantu memenuhi keperluan pelanggan dengan mengutamakan keselesaan, keselamatan dan kebajikan pesakit.
Ditubuhkan pada tahun 2024, LBME merupakan sebuah perusahaan yang dibangunkan dengan visi progresif dan pendekatan dinamik dalam memenuhi permintaan pasaran perkhidmatan pengangkutan perubatan yang semakin berkembang. Kami berusaha menawarkan penyelesaian perkhidmatan yang fleksibel, bersesuaian dan memenuhi keperluan setiap pelanggan.
Walaupun masih baharu dalam industri ini, LBME mempunyai kelebihan melalui penglibatan tenaga kerja berpengalaman yang mempunyai latar belakang serta pengalaman luas dalam bidang penjagaan pra-hospital (Pre-Hospital Care). Pengalaman dan pengetahuan mereka menjadi antara asas penting dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang profesional, sistematik dan berkualiti.
Selain itu, LBME turut mempunyai jaringan kerjasama strategik bersama penyedia perkhidmatan ambulans lain bagi memperkukuh keupayaan operasi. Melalui jaringan ini, kami berupaya mendapatkan sokongan tambahan dalam penyediaan perkhidmatan penjagaan pra-hospital dan perkhidmatan perubatan kecemasan, tertakluk kepada keperluan, kesesuaian operasi serta kemampuan penyedia perkhidmatan yang terlibat.
LEGASI BAKTI MEDIC ENTERPRISE – Keselesaan pesakit, Keutamaan Kami.